Ratib
Al-Haddad
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam
Abdullah
bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal.
Daripada
doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling
terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang
Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27
Ramadhan
1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau,
‘Amir
dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam,
Hadhramaut.
Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu
wirid dan
zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan
menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut
ketika
itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu
di kota
Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah
Al-Haddad
sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di
Al-Hawi,
Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada
kebiasaannya
ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat
Isya’. Pada
bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan
waktu
untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di
kawasan-kawasan di
mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan
tersebut
selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad
pun
mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan
dibaca
setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah.
Habib Ahmad
bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib
Al-Haddad
dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha
illallah”
hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali),
ia
mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad
ini
terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh
pembacanya.
Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk
membaca
Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada
yang
tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan
sesiapa
yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan.
Ameen.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di
dalam
ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W.
Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas.
Bilangan
bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan
ganjil (witir).
Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun
zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu
memudahkan
pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah,
adalah
lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad
kerana
ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau
jamaah.
Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar