Ratib
Al-Haddad
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam
Abdullah
bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal.
Daripada
doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling
terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang
Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27
Ramadhan
1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau,
‘Amir
dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam,
Hadhramaut.
Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu
wirid dan
zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan
menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut
ketika
itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu
di kota
Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah
Al-Haddad
sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di
Al-Hawi,
Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada
kebiasaannya
ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat
Isya’. Pada
bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan
waktu
untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di
kawasan-kawasan di
mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan
tersebut
selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad
pun
mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan
dibaca
setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah.
Habib Ahmad
bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib
Al-Haddad
dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha
illallah”
hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali),
ia
mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.